Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 102,037 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.



Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan temuduga terbuka jawatan inspektor (Lepasan Pasukan Sukarelawan Siswa/Siswi Polis (SUKSIS) dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SPP) Lelaki/Wanita Siri 1/2-15 Kontinjen Johor yang akan diadakan seperti berikut:

1. Jawatan : Inspektor Sukarelawan dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis Lelaki/Wanita
2. Elaun Penugasan

3. Syarat Skim Perkhidmatan

3.1. Warganegara Malaysia.
3.2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
3.3. Kelayakan:
3.3.1. Lulus SRP/PMR atau setaraf dengannya.
3.3.2 Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan / Majikan untuk berkhidmat sebagai
Sukarelawan Simpanan Polis.
3.3.3. Bersih daripada sebarang tapisan jenayah dan rekod keselamatan.
3.3.4. Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam
keadaan darurat.
3.3.5. Pekerja-pekerja dari kumpulan ‘Key Personal’ seperti Hospital/TNB (break down)/Telekom,
Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/Badan Berkanun tidak layak memohon.
3.3.6. Sila bawa semua sijil asal dan salinan kad pengenalan/Sijil Kelahiran, Sijil Akademik, Sijil
Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah dan salinan kad pengenalan ibubapa/Sijil Warganegara ibubapa serta 2 keping gambar ukuran passport semasa hadir pengesahan dokumentasi di IPK atau IPD yang akan ditetapkan.
3.3.7 Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah / peraturan / kaedah PVR Regulation 1956,Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.


4. Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

4.1 Tinggi sekurang-kurangnya Lelaki :162 cm, Wanita : 152 cm
4.2 Berat badan sekurang-kurangnya Lelaki : 50 kg, Wanita : 48 kg
4.3 Ukuran dada 81 cm biasa, ukuran dada 86 cm tarik nafas (Lelaki sahaja);
4.4 Mempunyai penglihatan yang baik;
4.5 Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
4.6 Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

5.Calon-calon Hendaklah Membawa Perkara-Perkara Berikut:

5.1 Kad pengenalan asal dan salinan fotostat
5.2. Sijil kelahiran asal.
5.3. Semua sijil-sijil asal kelulusan akademik, transkrip, kegiatan luar dan sijil penghargaan (dan salinan fotostat).
5.4 (2) keping gambar terbaru berukuran passport
5.5 Pen Ball Point.

6. Calon-calon hendaklah berpakaian kemas:

6.1 Lelaki : Seluar panjang, baju lengan panjang dan bertali leher.
6.2 Wanita: Pakaian kemas/sopan (bersesuaian)
6.3 JEANS, T-SHIRT LEHER BULAT DAN SELIPAR TIDAK DIBENARKAN
6.4 Bawa bersama pakaian sukan (ujian Fizikal) Lelaki: T-shirt putih/berwarna dan seluar pendek
Wanita : T-shirt putih/berwarna dan track bottom.

pdrm

7. Eksesais Temuduga Jawatan Inspektor ( Lepasan Pasukan Sukarelawan Siswa/Siswi Polis [Suksis] ) dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) (Lelaki/Wanita) Siri 1/2015 Kontinjen Johor (Walk-In Interview) akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

KONTINJEN JOHOR

IPK JOHOR (Zon 1) – 07-2254435/2254439
Tarikh : 09-13 Februari 015
Masa : 8.00 pagi sehingga selesai

IPD Batu Pahat (Zon 2) – 07-4341222
Tarikh : 09-13 Februari 015
Masa : 8.00 pagi sehingga selesai

IPD Segamat (Zon 3) – 07-9312222
Tarikh : 09-13 Februari 015
Masa : 8.00 pagi sehingga selesai
* Sebarang kemusykilan, sila hubungi Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Johor di talian 07-2254435/2254439.

 INFO SELANJUTNYA DISINI 
Advertisement