Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan antara salah satu badan Amanah secara persendirian yang ditubuhkan mengikut undang-undang. Ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia serta didaftarkan di bawah Akta Amanah 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Objektif atau tujuan utama badan amanah ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan serta secara langsung mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan cara pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar terhadap masyarakat-masyarakat miskin di kawasan luar bandar yang membolehkan pembiayaan terhadap sebarang kegiatan untuk menambahkan pendapatan sampingan.
Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia
Amanah Ikhtiar Malaysia dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan bagi mengisi jawatan:
1. Pelatih Pengurusan
2. Pemandu / Pembantu Pejabat
Tarikh Tutup Permohonan: 18 Januari 2013
Advertisement