UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu-satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini
mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan-jawatan seperti tersenarai.

PANDUAN PERMOHONAN
Permohonan perlu dibuat secara online mulai 15 Oktober 2012 di pautan
(i) Pastikan anda memperolehi, mencatatkan dan menyimpan nombor ID yang merupakan
nombor rujukan permohonan anda.
(ii) Pastikan semua butiran maklumat telah lengkap diisi sebelum menekan butang ’apply’.
(iii) Pemohon hendaklah mencetak maklumat ID tersebut dan Curriculum Vitae /Resume (CV) pada
kertas A4 dan seterusnya mengambil tindakan berikut:
(a) Melekatkan sekeping gambar berukuran paspot pada cetakan ID.
(b) Melampirkan salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan dengan kemas dan
tersusun.
(c) Pemohon yang merupakan kakitangan UPSI, diminta menghantar dokumen permohonan
beserta sekeping surat iringan yang dialamatkan kepada Pendaftar UPSI.
(d) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,Badan Berkanun dan Pihak
Berkuasa Tempatan perlu melampirkan perakuan permohonan daripada Ketua Jabatan
beserta salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini dan salinan Laporan Perkhidmatan.
(iv) Cetakan ID, CV / Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah
dihantar ke alamat:
UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
BIL JAWATAN GRED
JAWATAN BUKAN AKADEMIK
1 AHLI MUZIK ( KEYBOARD/WIND/MUSIC PROGRAMMER) -
TETAP B27
2 PEMBANTU AM PEJABAT – TETAP N1
3 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – KONTRAK F41
Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan
yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Jika pemohon
tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup
permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya.
Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (Pn. Nur Ashikin, En.Mustafa, Cik Norlina)
/ 6338 ( Pn. Murni) / 6340 (En. Nurul Anuar) atau e-mel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 OKTOBER 2012

Advertisement