Jawatan Kosong Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) sebagai :

1. GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)

Tarikh tutup permohonan pada 24 Januari 2016
Lokasi : Pelbagai Negeri

SYARAT-SYARAT UMUM
A. TARAF JAWATAN
a)     Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.
B. KEWARGANEGARAAN, UMUR DAN KEMAHIRAN
Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh lantikan.
Calon-calon hendaklah fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mampu bekerja dengan pengawasan minimum serta proaktif dalam tugas yang diberikan.
C. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan / Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.
D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA-CARA MEMOHON:
Resume yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
ARAS 3, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

24 Januari 2016

KEPUTUSAN :
Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini