Jawatan Kosong Di PPAS Januari 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur
18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan berikut:

1. SKIM PERKHIDMATAN : AKAUNTAN W41
 TARAF : KONTRAK
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JADUAL GAJI : P1(min) RM1,925.00 - P1(max) RM8,685.00
JUMLAH KEKOSONGAN : 1 ORANG

SYARAT LANTIKAN

(a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(b) lulus dengan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(c) Keutamaan kepada calon yang mempunyai dua (2) tahun pengalaman di dalam bidang perakaunan dan pernah bekerja di jabatan kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang (401) PPAS yang boleh didapati Unit Pembangunan Sumber Manusia, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor atau dengan
melayari laman web PPAS www.ppas.gov.my.

(b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran passport,
Salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan dan kelulusan akademik yang berkaitan (salinan sijil dan lain salinan telah disahkan).

(c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A” dan menyertakan bersama-sama Kenyataan
Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan prestasi.

(d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan
dipertimbangkan dan calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(a) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan
ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

SETIAUSAHA
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda
Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

PADA ATAU SEBELUM : 31 Januari 2014

MORE INFO KLIK SINI
MUAT TURUN BORANG SINIAdvertisement