Jobs Vacancy Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)


MIROS ditubuhkan pada 3 Januari 2007 dan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penjanaan dan penyebaran maklumat tentang keselamatan jalan raya melalui media cetak serta program latihan yang bersepadu. MIROS akan menjalankan kajian dan menilai prosedur sedia ada berkaitan dengan keselamatan jalan raya untuk menjana maklumat yang akan membentuk teras kepada program intervensinya yang berasaskan bukti untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. PENGAWALAN KESELAMATAN

Pemohon perlu menghantar borang permohonan jawatan kosong bersama salinan sijil-sijil yang berkaitan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hantar permohonan mengunakan perkhidmatan pos ke alamat kami seperti berikut:

Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my

Tarikh tutup permohonan pada 10 Januari 2013.

MORE INFO KLIK SINI
MUAT TURUN BORANG KLIK SINI